Thursday, 20 April 2017

Kalau Binatang Ada Facebook Beginilah Jadinya

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka? NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang, burp... Alhamdulillah… CICAK : Isteriku tersepit pintu! AYAM : Kawan2…kalau esok aku tak update…bererti aku sudah di goreng….I luv u all… jangan lupa buat kenduri arwah untuk aku yaa.. KUCING: Baru je add awek sebelah rumah… keturunan PARSI beb!!! IKAN EMAS: Bilalah boleh makan makanan yang sedap sikit. Asyik-asyik biji-biji kecik warna warni tu je. Hello, I muak okeyyyy!! KATAK: Harap-harap malam ni hujan, lama betul tak main air hujan, rinduuuu.... KAMBING: Gatalnya badan ni, hmm kejap lagi la mandi. malaslah pulak, ngeee...

Tuesday, 18 April 2017

Pak Pandir Jumpa Harta Karun

Ketika mencangkul tanah di belakang rumahnya, Pak Pandir telah menemui harta karun. Dia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Kalau diletak di bawah bantal, takut pula diambil pencuri.


Setelah berfikir cukup lama, akhirnya Pak Pandir mendapat idea. Dia menanam wang itu di belakang rumahnya lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata teman Pak Pandir iaitu Si Luncai nampak apa yang dilakukan oleh Pak Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Si Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah dia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Si Luncai menggantikan tulisan yang ditulis Pak Pandir dengan ayatnya yang berbunyi, "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Monday, 17 April 2017

Firasat Tangkap Ikan Pakcik

Setiap kali turun ke laut, Pakcik Kadir mesti akan dapat tangkap banyak ikan. Pada suatu hari seorang wartawan datang untuk menemuramah beliau. Wartawan itu ingin tahu rahsia bagaimana Pakcik Kadir selalu dapat tangkap banyak ikan.

Wartawan : "Apa rahsia pakcik boleh tangkap banyak ikan?"

Pakcik Kadir: "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakcik tidur setiap kali bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan, pakcik tebar ke kanan."

Wartawan : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Pakcik Kadir: "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu..."

Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak.